Ahamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayahnya dapatlah saya insan yang kerdil ini mengaktifkan kembali Blog peribadi saya dengan berwajah yang baharu. Kerana dengan keinginan untuk mencari satu Ilmu yang baru serta berkongsi ilmu dari sahabat-sahabat yang lain serta menjadikan ilmu yang diterima itu sebagai tunjang kehidupan yang mana segala ilmu yang kita perolehi adalah milikNya semata-mata. Kita hanya meminjam buat seketika. Lantas dengan itu saya namakan Blog saya ini sebagai " PERMATA ILMU ". Ilmu itu terlalu bernilai dan sukar diganti dengan wang ringgit. Semoga anda semua akan mendapat manfaatnya dan sampai-sampaikanlah akan sesuatu yang baik dari blog ini kepada rakan-rakan yang lain.. amin..

17 November 2011

TAHNIAH !!! 13 ORANG MURID SK TAMAN MOLEK MENDAPAT 5A DALAM PEPERIKSAAN UPSR 2011

Hari ini bermulalah debaran yang di nanti-nantikan oleh semua murid-murid tahun 6 SK Taman Molek. Bukan saja murid yang bedebar tetapi tidak kurang guru-gurunya. Penat lelah selama 6 tahun di SK Taman Molek dan berhempas pulas memberikan tunjuk ajar, teknik, motovasi dan bermacam-macam lagi maka pada hari ini hasilnya telah dapat dituai dengan pengumuman kuputusan UPSR 2011. Tahniah diucapkan kepada semua warga SK Taman Molek kerana pada tahun ini kita mendapat keputusan yang cemerlang dengan 13 orang mendapat 5A dan 21 orang mendapat 4A1B. tahniah kepada semua.. Pengorbanan anda semua tak ternilai harganya.. TAHNIAH!!! TAHNIAH!!!! TAHNIAH!!!
Bergambar bersama Guru Besar Dan Penolong-Penolong Kanan

5A


4A 1B


PANORAMA PENGUMUMAN UPSR 2011





 

04 November 2011

Menelusuri Pengorbanan Rasulullah SAW

Buat sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,
Mari bersama hari ini kita menghayati dan menyelami pengorbanan serta perjuangan insan yang membawa Deen (Islam) ini kepada kita.
Kita sangat bersyukur kerana hari ini terus-menerus Allah memberi kita nikmat ini: IMAN dan ISLAM.

Bukan mudah hakikatnya untuk sampai ke tangan kita kedua-dua nikmat ini. Ia berjaya sampai kepada kita pada hari ini adalah hasil daripada usaha, pengorbanan dan perjuangan Nabi Muhammad s.a.w., insan yang tidak pernah putus asa dan penat dalam menyampaikan dakwah, Nabi yang sangat kasih dan prihatin pada nasib ummatnya.

Hari ini..., dan hari-hari yang seterusnya....

Marilah kita belajar MENCINTAI baginda dengan sepenuh hati kita...

Mari sama-sama juga kita belajar untuk MENCONTOHI Nabi....

Keringat yang dialirkan oleh baginda, titisan darah yang mengalir ketika Perang Uhud, susah -payah berhijrah ke Madinah, sabar menerima tekanan dan seksaan kaum Musyrikin dan pelbagai macam lagi derita yang dilalui baginda tidak lain dan tidak bukan SEMUA itu adalah untuk KITA... UNTUK KITA ...

Semata-mata untuk pastikan ummatnya ini selamat dan sejahtera di hadapan Allah s.w.t. di akhirat nanti, maka segala halangan dan derita sanggup ditempuhi oleh Rasulullah s.a.w.

Tidak ada apa yang lain lebih berharga bagi Rasul s.a.w. melainkan ummatnya bersama-samanya di akhirat nanti, bersama dalam syurga Allah yang nikmatnya seluas langit dan bumi itu. Bahkan dalam satu peristiwa, sewaktu awal Islam...

Ketika Islam masih baru tersebar di Makkah, Rasul s.a.w. melakukan solat di depan Kaabah. Pembesar Musyrikin Quraisy, yang juga bapa saudara baginda, Abu Jahal yang begitu dengki pada Rasulullah benci melihat Rasul s.a.w. solat di depan orang ramai di Kaabah. Kebenciannya itu menyebabkan dia bertindak mengambil perut unta serta meletakkannya di atas leher Nabi ketika baginda sedang sujud.

MasyaAllah!!!

Bayangkan sahabat-sahabat sekalian,

Najis yang keluar dari perut kita dalam masa sehari pun sudah tidak terkira busuknya, inikan pula unta yang disimpan dalam badannya itu makanan dan minuman sebagai bekalan selama dua bulan...

Tidak cukup setakat itu, Musyrikin Quraisy mencaci maki Nabi s.a.w. di khalayak ramai. Menghina dan memfitnah Nabi sebagai tukang sihir, orang gila dan sebagainya. Mereka tidak pernah berhenti dan berputus asa merancang dan berkonspirasi untuk menghentikan dakwah Nabi s.a.w.

Bahkan tetamu-tetamu yang hadir ketika musim ziarah ke Makkah pun sudah siap menerima perkhabaran daripada musyrikin Quraisy tentang Nabi s.a.w.

Tapi, adakah Nabi berhenti dan berputus asa dengan semua itu?

TIDAK.... TIDAK SEKALI....

Bahkan semua itu dihadapi Nabi dengan sabar dan penuh kekuatan daripada Allah.

Baginda terus menyampaikan dakwah, menyampaikan Islam kepada orang ramai.

Semakin hari, semakin ramai yang memeluk Islam.

Berita ini mengakibatkan bertambah-tambah marah musyrikin Quraisy pada Nabi.

Maka bertambah jahat pula konspirasi untuk menjatuhkan Nabi....

Mereka tawarkan Nabi dengan harta, wanita dan takhta tapi semua itu ditolak oleh Nabi.

Bahkan mereka melaksanakan pula PEMULAUAN ke atas umat Islam. Selama hampir 3 tahun lamanya umat Islam bertahan diboikot oleh kafir Quraisy. Mereka tidak boleh membeli makanan, tidak boleh berhubung dengan orang ramai dan pelbagai lagi seksaan. Semuanya bertujuan menghentikan dakwah Nabi s.a.w.

Namun, Nabi s.a.w. tetap SABAR...

Usaha untuk sampaikan ISLAM tetap diteruskan...

Para pembaca sekalian,

Lihatlah akan kegigihan Nabi untuk kita....

Nak pastikan kita ini selamat bersamanya di akhirat nanti, sebab itulah baginda menempuh kesukaran-kesukaran ini...

Dalam Perang Uhud, Nabi diserang hingga berdarah...

Hingga timbul pengkhabaran yang mengatakan Nabi sudah wafat, tapi hakikatnya tidak benar.

Susah-payah Rasul s.a.w. menggali parit ketika Perang Khandak bersama para sahabat...

MasyaAllah....banyak sekali pengorbanan baginda untuk kita...

Bahkan ketika hampir wafat pun, baginda masih bertanya kepada malaikat tentang keadaan ummatnya. Bahkan bukan setakat itu, baginda minta pula untuk ditanggung seluruh kesakitan ketika sakaratul maut yang akan dilalui ummatnya. Baginda minta juga balasan untuk ummatnya ditangguhkan ke hari akhirat nanti.

Ucapan yang tidak pernah lekang daripada mulutnya ketika hampir wafat "Ummati ! Ummati ! Ummati !".

Mengingatkan nasib ummatnya di akhirat nanti menyebabkan baginda mengulang-ulang,"UMMATKU....UMMATKU...UMMATKU"

Tapi sayang sekali....,

Begitu sedikit sekali di antara kita pada hari ini menghargai penat lelah Nabi ini,

Tidak ramai yang CINTA pada Nabi s.a.w.,

Bahkan ada pula yang tidak mengenalinya....

Lalu layakkah kita ini menjadi sebahagian daripada ummat baginda?

Nabi s.a.w. tidak pernah minta balasan daripada kita atas susah-payahnya itu.

Baginda cuma mahu agar kita semua berusaha mengikutinya...

Menggapai REDHA dan CINTA ALLAH dalam kehidupan...

Mendekati SYURGA-NYA...

Menjauhkan dan menyelamatkan diri kita daripada AZAB dan MURKA-NYA...

Menyelamatkan diri daripada seksa NERAKA....

Baginda tidak pernah minta balasan wang ringgit dan sebagainya.

Bahkan apa yang ditawarkan oleh kafir Quraisy pun ditolak oleh baginda.

Malaikat juga pernah menawarkan baginda sama ada baginda mahu menjadi Rasul

Saudagar atau Rasul Hamba. Jika baginda pilih menjadi Rasul Saudagar, maka baginda akan menjadi kaya-raya dengan harta hasil usaha dakwah baginda, tapi jika baginda memilih menjadi Rasul Hamba, maka segala balasan di akhirat kelak. Maka baginda memilih menjadi seorang Rasul Hamba.

Lalu, masih ada halangan apa yang menjadi tembok kepada diri kita untuk mencintai dan mencontohi Rasul s.a.w. dalam kehidupan kita?

Bahkan Allah s.w.t. telah firmankan dalam Al-Quran yang bermaksud:

" Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu contoh terbaik kepada sesiapa yang berharap kepada Allah dan hari akhirat."

Apa jua dalam kehidupan Rasulullah s.a.w., semuanya adalah baik. Semuanya merupakan contoh untuk diri kita. Sebab itu beruntunglah orang-orang yang cinta pada Rasul. Tapi tidak cukup setakat CINTA, mari kita hidupkan SUNNAH Rasul dalam kehidupan kita.

Marilah kita mengambil ISLAM sebagai deen kita, sebagai cara hidup kita.
Marilah hidup dengan faham tanggungjawab terhadap kita sebagai MUSLIM.

Kita bukan setakat mahu 'mencintai' Rasul ketika hari Sambutan Maulidur Rasul sahaja, bahkan cinta kita kepada baginda bertambah-tambah setiap hari dan bertambah pula amalan dan kefahaman kita dengan Islam.

Orang yang hanya ingat kepada Nabi pada hari perayaan seperti ini sahaja, maka bohonglah jika dia mengatakan dia cinta pada Rasul. Hakikatnya, cinta tidak boleh disemai dalam sehari sahaja, bahkan subur pula cinta itu dalam sehari. Sangat mustahil.

Tanda kita mencintai Rasul apabila kita mengambil ISLAM dalam segenap kehidupan kita. Apabila kita hidup berpaksikan kepada mengambil apa yang Allah suruh, dan tinggalkan apa yang Allah larang, maka barulah layak untuk kita ini digelar sebagai orang yang berusaha mencintai Rasul s.a.w.

Mari muhasabah diri kita, pembaca sekalian....
Bagaimanakah kita menghayati, menghargai pengorbanan dan perjuangan Rasul s.a.w. untuk ummatnya dalam kehidupan kita?
Sudahkah kita memahami dengan sebenarnya tuntutan dan tanggungjawab kita sebagai seorang ISLAM?

Tepuk dada, tanya iman...

Salam Aidiladha ( Korban & Pengorbanan )

Bulan Zulhijjah ialah bulan pelaksanaan ibadat haji di Mekah bagi para umat Islam yang telah cukup syarat untuk menunaikannya. Pada hari tersebut para tetamu Allah melaksanakan satu rukun haji iaitu berwukuf di Arafah. Ibadah haji merupakan rukun Islam yang kelima yang dianggap kemuncak rukun Islam. Kejayaan melaksanakannya biasanya dicetuskan oleh azam yang kuat, pengorbanan yang tinggi sama ada tenaga dan wang ringgit serta persiapan yang lebih awal dari segi mental dan fizikal.


Perkataan “Haji”bererti ‘pergi atau ‘menuju’. Menurut istilah hukum Islam, haji bererti mengunjungi Baitullah Al-Haram di Mekah kerana mengerjakan ibadat yang tertentu. Mengerjakan ibadat haji hukumnya fardu ain iaitu wajib ke atas tiap-tiap orang Islam yang telah sempurna syarat-syaratnya. Ibadat ini diwajibkan SEKALI SAHAJA DALAM SEUMUR HIDUP. Hal ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas bahawa Akra’ bin Haabisn telah bertanya kepada Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Wahai Rasulullah, haji itu pada tiap-tiap tahun atau sekali sahaja. Sabda Rasulullah SAW: Bahkan sekali sahaja. Maka sesiapa mengerjakan lebih, maka itu adalah sunat”.

Terdapat beberapa hikmat dan faedah mengerjakan ibadat haji, sama ada bagi diri orang perseorangan, masyarakat dan negara. Antaranya:

1. Mengerjakan ibadat haji mendapat ganjaran yang banyak dan keampunan daripada Allah SWT. Sabda baginda Rasulullah SAW: ‘Antara umrah yang pertama dengan umrah kedua penghapusan dosa (yang dilakukan antara keduanya) dan haji mabrur tiada pahala kecuali syurga”. (Riwayat Al-Bukhari).

2. Menjalin dan menguatkan ikatan persahabatan (ukhwah Islamiah) antara satu sama lain.
Dapat berkenal-kenalan, bertukar-tukar pendapat, bagi membincang tentang masalah yang dihadapi oleh umat Islam dengan saudara-saudara Islam yang datang dari pelbagai negara, bangsa dan kebudayaan.

3. Dapat menambah pengalaman dan meluaskan pengetahuan dengan melihat tempat-tempat bersejarah dan melihat kebudayaan atau cara hidup sesebuah masyarakat yang pelbagai negara.

4. Menanamkan rasa insaf di dalam hati kerana ketika mengerjakan ibadat haji itu semua orang berkeadaan sama sahaja dan memakai pakaian yang serupa. Tidak ada beza antara rakyat, orang biasa, berpangkat, kaya dan miskin.

5. Melatih diri supaya bersabar, berani dan tabah hati ketika mengerjakan ibadat haji.

Hal ini terangkum dalam talbiah Rasulullah SAW yang bermaksud :

"Aku datang (memenuhi panggilan-Mu), ya Allah , aku datang. Aku datang tiada sekutu bagi-Mu, aku datang. Sesungguhnya segala pujian, kenikmatan dan kerajaan (kekuasaan) milik-Mu tiada sekutu bagi-Mu’’

Jelaslah bulan Zulhijjah adalah bulan menyahut Ilahi dan menjalin persaudaraan sejagat. Allah SWT telah memilih sepuluh hari yang pertama dalam zulhijjah, dengan mentadbirkan adanya hari Tarwiyyah(hari ke 8), hari Arafah (hari ke 9) dan hari Nahar (hari ke 10) yakni disunatkan berkorban, mengucapkan takbiyyah, ibadat haji dan lain-lain.

Pada hari-hari pertama hingga 10 zulhijjah, hari-hari tersebut mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Dalam hal ini, Ibnu Abbas RA meriwatkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Hari Allah mengampunkan Nabi Adam AS adalah hari pertama bulan Zulhijjah. Sesiapa berpuasa pada hari itu, Allah akan mengampunkan segala dosanya”.

Pada hari kedua, Allah telah mengabulkan doa Nabi Yunus AS dan mengeluarkan baginda daripada perut ikan. Sesiapa berpuasa pada hari itu, pahalanya seperti orang beribadah kepada Allah Taala selama setahun serta tidak menderhaka kepada Allah dalam ibadahnya meskipun sekadar sekelip mata.

Pada hati ketiga, Allah telah mengabulkan doa Nabi Zakaria As. Sesiapa berpuasa pada hari itu, Allah akan mengabulkan doanya.

Pada hari keempat, Nabi Isa AS dilahirkan. Sesiapa berpuasa pada hari itu, Allah akan menghapuskan kesusahannya dan kefakirannya. Di samping itu, pada hari kiamat dia akan duduk bersama-sama orang-orang yang baik dan mulia”

Hari raya Haji atau Hari Raya Korban mempunyai keistimewaannya yang tersendiri yang harus diperbesarkan oleh umat Islam. Ia bertujuan bagi mengingati dan mengenang semula serta mengambil iktibar daripada pengorbanan tiga manusia agung, yang seharusnya dicontohi oleh setiap lapisan masyarakat, ibu bapa, remaja dan juga pemimpin bagi membina sahsiah dan kecermelangan dalam kehidupan.

Tiga manusia agung tersebut ialah : Pertama Nabi Ibrahim AS yang berjiwa kebal dan kental serta mempunyai cita-cita unggul. Kedua Siti Hajar sebagai isteri solehah yang bertakwa kepada Allah sekali gus sebagai ibu penyayang serta mempunyai kesabaran yang luar biasa. Ketiga : Nabi Ismail AS sebagai anak soleh yang berjiwa takwa, tawakal sehingga sanggup disembelih oleh bapanya demi menjunjung titah perintah Allah Azza wa Jalla.

Demikian kisah perjuangan dan pengorbanan Nabi Ibrahim AS. Kisah tersebut perlu dijadikan iktibar demi meniupkan semangat kesedaran, tanggungjawab dan rasa cinta yang mendalam terhadap Allah SWT. Sesungguhnya jasa dan pengorbanan Nabi Allah Ibrahim AS sangat besar iaitu dalam usaha menegakkan agama Allah dan membangunkan Mekah menjadi sebuah kota suci umat Islam yang penting.

Jasa dan pengorbanan ini sewajarnya menjadi contoh dan teladan kepada remaja Islam pada hari ini dalam usaha menegakkan agama Allah. Contoh perjuangan tanpa mengenal erti penat dan jemu khususnya sempena dengan kedatangan Hari Raya Korban ini.

Umat Islam dituntut mengenang semula sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan keluarganya, demi menjunjung titah perintah Allah, membangunkan Mekah menjadi sebuah kota suci yang penting bagi umat Islam seluruhnya.
  
Sempena Hari Raya Korban umat Islam hendaklah memperbesarkannya dengan sewajarnya iaitu mengucapkan takbir secara berterusan pada malam hari raya hingga solat Aidiladha didirikan pada esoknya. Masyarakat Islam segenap lapisan disunatkan hadir beramai-ramai menunaikan solat sunat Hari Raya Korban. Jika pada hari raya Aidilfitri kita disunatkan menjamah makanan, tetapi pada hari Raya Korban kita tidak disunatkan berbuat demikian.

Sebaik selesai upacara sembahyang sunat hari raya korban, umat islam disunatkan menyembelih binatang korban iaitu sunat muakkad (yakni sunat yang dikuatkan) atas orang yang mampu yang boleh dilakukan pada Hari raya haji dan 3 Hari tasyriq iaitu 11,12 dan 13 Zulhijjah.

Hikmat penyembelihan korban pada setiap tahun ini menjadi latihan agar umat Islam mempunyai semangat berkorban demi untuk menegakkan agama Allah dan keagungan umatnya. Selain itu, daging korban dapat diagih-agihkan kepada fakir miskin dan golongan yang kurang bernasib baik sebagai sedekah dan jihad kepada Allah SWT.

31 Oktober 2011

WUKUF DI PADANG ARAFAH

Arafah merupakan sebuah lembah yang terletak di antara Muzdalifah dan Thaif. Terbentang mulai dari perbatasan kawasan Arafah sampai di gunung yang dinamakan Jabal Arafah. Yang mengelilingi lembah ini mulai dari arah timur berbentuk seperti setengah lingkaran.



Di ujung sebelah selatan adalah jalan menuju Thaif dan ujung utara terdapat Jabal Rahmah. Di sebelah barat terdapat sebuah bukit bebatuan, di tempat inilah Rasulallah berkhutbah. Di bawahnya terdapat sebuah musholla yang dikenal dengan nama mesjid Shakrat. Jarak antara batas awal Arafah dengan kaki gunung Arafah sekitar 1500 meter.

Wukuf di Arafah ini sah dengan keberadaan kita di salah satu bagian di kawasan tadi dengan syarat dalam keadaan ihram, baik itu berjalan kaki (dalam tenda) ataupun dalam kendaraan atau tertidur sekalipun, mengetahui ataupun tidak bahwa daerah tersebut adalah Arafah sepanjang melaksanakan wukuf pada waktunya.

Wukuf merupakan salah satu rukun haji terpenting berdasarkan ijma’ kaum muslimn, hal ini berdasarkan kepada hadits Rasulallah SAW. Kepada penduduk Najed ketika bertanya kepada Baginda Nabi: “Bagaimana haji itu?” Rasul pun menjawab: “Haji adalah (wukuf di) Arafah, barangsiapa yang datang sebelum shalat fajar dari malam harinya (يلة جمع ) sesungguhnya yang bersangkutan telah berhaji”. H.R. Ahmad.
Padang Arafah semuanya merupakan tempat berwukuf, kecuali kawasan ‘Urnah. Apabila seseorang wukuf di tempat ini, maka wukufnya tidak sah menurut ijma’ ulama. Wukuf diutamakan berada di bebatuan (صخرات ), sebuah tempat di mana Rasulallah SAW melangsungkan wukufnya.

Disunatkan bagi mereka yang hendak wukuf di Arafah agar terlebih dahulu mandi, berdiam di tempat wukuf dengan menghadap kiblat sambil membaca tahlil, takbir, talbiyah serta bershalawat kepada Rasulallah SAW. juga berdo’a dengan penuh kesungguhan. Juga disunatkan dengan memperbanyak dikir kepada Allah dan berdoa karena kita tahu bahwa hari Arafah adalah waktu segala do’a dikabulkan.

Kawasan Arafah saat ini telah ditanami pepohonan (orang arab menyebutnya: “syajarotus-sukarno,”) konon yang memprakarsai penanaman ini Presiden Sukarno.

Keutamaan Hari Arafah

Sejumlah hadits menceritakan keutamaan hari Arafah, antara lain :
“Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi SAW. berkata : “Sesungguhnya Allah SWT. membanggakan (يباهي ) mereka yang sedang wukuf di Arafah kepada penduduk langit dan berkata kepada mereka : “ Lihatlah kepada hamba-hamba-Ku yang berdatangan kepada-Ku شعشا عبرا “.H.R.. Ahmad dan Ibnu .

Dari Aisyah r.a. bahwa Rasulallah SAW berkata :” Tak ada satu hari dimana pada hari itu Allah membebaskan hamba-hamba-Nya dari api neraka yaitu pada hari Arafah”.

Jabal Rahmah
Sebuah bukit yang terletak di tengah-tengah padang arafah. Di luar musim haji, tidak terdapat tenda-tenda untuk orang yang wukuf. Arafah sangat lengang, maka jabal Rahmah menjadi tujuan wisata bagi mereka yang berkunjung ke Makkah.

Menurut sejarah, di bukit inilah bertemunya Nabi Adam a.s dengan istrinya Hawa setelah mereka berpisah selama kurang lebih 200 tahun sejak di turunkan dari surga. Tempat pertemuan mereka itu diabadikan dengan berdirinya sebuah tugu. Bukit ini di beri nama Rahmah yang artinya adalah kasih sayang. Setelah Siti Hawa meninggal dunia beliau di Maqamkan di Al Kandara kota Jeddah. Adapun kota Jeddah artinya kota nenek, Adapun Nabi Adam a.s, sampai saat ini belum di ketahui makamnya.
Sumber Dari : Abd. Wahab (http://www.spirithaji.com/ziarah-a-sejarah/825-wukuf-di-padang-arafah.html)

CIRI-CIRI PEMIMPIN YANG DIREDHAI

PEMIMPIN merupakan satu amanah dan bukannya tempat mencari kemuliaan sebab amanah ini akan ditanya di akhirat nanti. Realitinya hari ini pemimpin dipuji, diberi sambutan dan ditepuk sorak. Siapalah tidak ghairah dengan memasang angan-angan untuk menjadi pemimpin, hingga ada yang berkata: “Asyik dia orang saja dapat, bila lagi giliran aku pula.”
Islam sejak beratus tahun lampau mencipta rekod kepemimpinan di pelbagai benua dan kota, terus melakarkan beberapa pra syarat agar pemimpin betul-betul ‘menjadi’ dan orang yang dipimpin menerima nikmat kepemimpinan, bukan hanya terpimpin selamat di dunia malah juga di akhirat nanti.

Syarat Pertama pemimpin ialah IMAN. Dalam surah al-Kahfi Allah menyatakan iman itu ada tiga implikasi, iaitu ‘imun’, ‘aman’ dan ‘amin.’
Imun maknanya kebal daripada maksiat dan kebal daripada rasuah. Aman maknanya dia berasa aman bila bersama Allah, malah di depan orang dia baik, di belakang orang pun dia tetap baik, bukannya hipokrit. Manakala ‘Amin’ pula maknanya orang yang boleh dipercayai. Apabila sudah dipercayai barulah layak menerima amanah .

Syarat Kedua ialah ILMU KEPIMPINAN. Kepemimpinan bukannya secara spontan atau pakai tangkap muat sahaja, sebaliknya mesti ada ilmu. Makna kepemimpinan ialah cara menggunakan pengaruh untuk mempengaruhi pengikut mencapai matlamat yang digarap. Jika tidak ada ilmu, sepak terajang dan kerenah kepemimpinan, nanti kita pula yang dipimpin.

Syarat Ketiga ialah ‘SELFLEADERSHIP.’ Bagaimana kita boleh memimpin orang lain kalau diri kita tidak terpimpin? Perkataan ‘leader’ merujuk kepada tanggungjawab (al-mas’uliyah). Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Setiap kamu dalam pemimpin dan setiap kamu akan diminta pertanggungjawab berdasarkan apa yang kamu pimpin.”
Syarat ini menggambarkan orang yang memimpin itu mampu bertanggungjawab terhadap diri sendiri. Maknanya, pemimpin tidak cepat melemparkan tanggungjawabnya kepada orang lain, tidak cepat terpengaruh dengan khabar yang tidak pasti.
Jika dia melakukan kesilapan, diri sendiri menanggung risiko, bukan mengkambing hitamkan orang lain demi keselamatan diri.

Syarat Keempat ialah pemimpin memerlukan ‘The Power Of Communication.’ Ketika berinteraksi dengan pengikut akan menghadapi pelbagai kerenah, keinginan dan tuntutan yang semestinya mampu menenangkan mereka walaupun hajat tidak tertunai, bukannya putar belit.

Cara berkomunikasi ada empat:
1) Cakap mudah difahami, bahasa terang, arahan jelas tidak berbelit-belit.
2) Kesamaan. Setiap orang mudah didampingi, tidak ada tembok pemisah atau terlalu protokol. Pasangan berkahwin sebab banyak kesamaan antara mereka. Mereka nescaya bercerai jika ada banyak perbezaannya.
3) Ikhlas. Walaupun ikhlas terletak di hati dan tidak nampak dengan mata namun ia dapat dirasai. Jika tidak ikhlas seakan ada satu gelombang yang mengganggu perasaan orang yang dipimpin. Kata-kata tidak tajam tidak masuk di hati.
4) The power of service. Cakap hanya perlu pada tempatnya tetapi bertindak semestinya lebih banyak. Allah memberikan kita dua telinga supaya kita banyak mendengar, Allah memberikan kita dua mata supaya kita banyak melihat dan mengamatinya, kemudian bertindak berasaskan pendengaran dan pemerhatian.

Rasanya baik juga kita lihat sedikit perkara yang menambah komitmen moral seorang pemimpin berasaskan maksud ayat 1-7 surah al-Muddassir beserta tafsirnya :
 
1. Wahai orang Yang berselimut!
2. Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia).
3. Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya!
4. Dan pakaianmu, maka hendaklah Engkau bersihkan.
5. Dan Segala kejahatan, maka hendaklah Engkau jauhi.
6. Dan janganlah Engkau memberi (sesuatu, Dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya.
7. Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah Engkau bersabar (terhadap tentangan musuh)!
Tafsirannya :
i- Bangun dan beri peringatan. Pemimpin mempunyai kepedulian sosial yang tinggi. Sekiranya di sekelilingnya terdapat perkara menyalahi kebenaran, dengan kuasanya dia akan meluruskannya.
ii-Mesti membesarkan Allah. Pemimpin perlu sentiasa ke depan tetapi jangan mendahului Allah.
iii- Bersihkan pakaiannya. Pakaian luar dan dalam iaitu hati biar turut bersih.
iv- Tinggalkan dosa.
v- Janganlah memberi sesuatu kerana ingin mendapat lebih banyak malah kalau boleh jangan ingat bahawa kita pernah memberi kepada seseorang.

HAJI

SEJARAH HAJI
Dari segi sejarah, ibadah haji ialah syariat yang dibawa oleh junjungan Nabi kita Muhammad S.A.W. sebagai membaharui dan menyambung ajaran Nabi Allah Ibrahim A.S. Ibadat haji mula diwajibkan ke atas umat Islam pada tahun ke-6 Hijrah, mengikut haul yang mashur iaitu dengan turunnya ayat 97 surah Al-Imran yang bermaksud :

" Dan Allah Taala mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepada-Nya dan sesiapa yang kufur dan ingkar kewajipan haji itu, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya dan tidak berhajatkan sesuatu pun daripada sekelian makhluk".

Pada tahun tersebut Rasulullah S.A.W. bersama-sama lebih kurang 1500 orang telah berangkat ke Makkah untuk menunaikan fardhu haji tetapi tidak dapat mengerjakannya kerana telah dihalang oleh kaum Quraisy sehinggalah mewujudkan satu perjanjian yang dinamakan perjanjian Hudaibiah.

Perjanjian itu membuka jalan bagi perkembangan Islam di mana pada tahun berikutnya ( Tahun ke-7 Hijrah ), Rasulullah telah mengerjakan Umrah bersama-sama 2000 orang umat Islam. Pada tahun ke-9 Hijrah barulah ibadat Haji dapat dikerjakan di mana Rasulullah S.A.W. mengarahkan Saidina Abu Bakar Al-Siddiq mengetuai 300 orang umat Islam mengerjakan haji.


RASULLULLAH S.A.W MENUNAIKAN HAJI
Nabi kita Muhammad S.A.W telah menunaikan fardhu haji sekali sahaja semasa hayatnya. Haji itu dinamakan "Hijjatul Wada'/ Hijjatul Balagh/ Hijjatul Islam atau Hijjatuttamam Wal Kamal kerana selepas haji itu tidak berapa lama kemudian baginda pun wafat. Baginda telah berangkat ke Madinatul Munawwarah pada hari Sabtu, 25 Zulkaedah tahun 10 Hijrah bersama isteri dan sahabat-sahabatnya seramai lebih 90,000 orang Islam.

Baginda telah menyempurnakan amalan-amalan sunat Ihram, memakai ihram dan berniat ihram di Zulhulaifah, sekarang dikenali dengan nama Bir Ali, 10 km daripada Madinah dan baginda sampai di Makkah pada 04 Zulhijjah setelah mengambil masa 9 hari dalam perjalanan. Baginda berangkat ke Mina pada 08 Zulhijjah dan bermalam di situ.

Kemudian ke Arafah untuk berwukuf pada 09 Zulhijjah yang jatuhnya pada hari Jumaat. Rasulullah S.A.W telah menyempurnakan semua rukun dan wajib haji hingga 13 Zulhijjah. Dan pada 14 Zulhijjah, Rasulullah S.A.W telah berangkat meninggalkan Makkah Al-Mukarramah menuju balik ke Madinah Al-Munawwarah.


PERISTIWA SEMASA HIJJATUL WADA'
Di masa wukuf terdapat beberapa peristiwa penting yang boleh dijadikan pegangan dan panduan umat Islam telah berlaku, di antara ialah seperti berikut :

  1. Rasulullah S.A.W minum susu di atas unta supaya dilihat oleh orang ramai bahawa hari itu tiada puasa atau tidak sunat berpuasa pada hari wukuf.
  2. Seorang Sahabat jatuh dari binatang tunganggannya lalu mati, Rasulullah S.A.W. menyuruh supaya mayat itu dikafankan dengan 2 kain ihram dan tidak membenarkan kepalanya ditutup atau diwangikan jasad dan kafannya. Sabda Baginda pada ketika itu bahawa " Sahabat itu akan dibangkitkan pada hari kiamat di dalam keadaan berihram dan bertalbiah".
  3. Rasulullah S.A.W. menjawab soalan seorang ahli Najdi yang bertanyakan " Apakah itu Haji ?". Sabdanya yang bermaksud " Haji itu berhenti di Arafah". Siapa tiba di Arafah sebelum naik fajar 10 Zulhijjah maka ia telah melaksanakan haji.
  4. Turunnya ayat suci Al-Quranul Karim surah Al-Maidah yang bermaksud :

" Pada hari ini aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan aku telah cukupkan nikmatku ke atas kamu dan aku telah redha Islam itu menjadi agama untuk kami"

Daripada sejarah dan peristiwa ringkas itu cubalah kita teliti betapa Rasulullah S.A.W telah menyempurnakan haji dengan pengorbanan Baginda bersama sahabat-sahabat yang berjalan dari Madinah Al-Munawwarah ke Makkah Al-Mukarramah selama 9 hari berbanding pada hari ini kita menaiki kapal terbang yang boleh sampai ke Tanah Suci kurang daripada 9 jam. Ini perkara yang perlu direnungkan apabila kita menghadapi sebarang kesusahan di tanah Suci kelak.


PENGERTIAN HAJI
Haji merupakan perlakuan ibadah umat islam yang mempunyai banyak simbolik yang dikemukakan kepada manusia dalam bentuk penonjolan diri, demostrasi atau perisytiharan, bukan menuntut sesuatu yang bersifat kebendaaan atau keduniaan, tetapi demontrasi untuk menyatakan tauhid dengan slogan dan laungan kalimah suci, Allahhu Akhbar, Allah Maha Besar, berulang-ulang kali dengan keyakinan dan ketaqwaan, pengakuan yang jelas dan tegas sekalipun kufur atau musyrikin tidak menyenanginya.

Pengisytiharan tauhid yang jelas dan laungan yang tegas dilakukan serentak menyebut nama Allah, "Labayk Allah Humma Labbyk, Labbaykka La Syarikalak Labbayk, Innal Hamda Wa al- Ni'mata Laka wa al-Mulk, La Syarikalak", dilaungkan bukan kerana sesuatu kekurangan, tetapi penyataan sesuatu ibadah dalam bentuk demontrasi menentang syirik, kezaliman dan kesesatan yang dilakukan oleh manusia yang tidak mentauhidkan Allah.

Sikap dan pendirian yang tegas dalam perkara 'ubudiah yang menjadi ajaran para anbia' sejak zaman-berzaman perlu diisytihar dengan jelas supaya sekali-kali jangan terlibat dengan syirik atau tanghut.

Sebaliknya hendaklah mengabdikan diri semata-mata kerana Allah - diri, pemikiran, fizikal, harta benda dan nawaitunya hanya semata untuk Allah. Segala bentuk kesesatan, syirik atau penyembahan system yang menuju ke arah taghut wajib dijauhi.

Islam tidak menuntut sikap bertindak balas terhadap pihak yang memsongkan akidah, tetapi bersikap Islam, kebaikan dan keamanan. Bagaimanapun, jika mereka sering dan terus berusaha menyelewengkan manusia daripada mentauhidkan Allah maka diwujudkan suatu amalan ibadah dalam bentuk demonstrasi terang-terangan bagi melawan kerja-kerja mereka yang sesat sekalipun orang-orang musyrikin, golongan kuffar dan munafiqun tidak menyenanginya.


PENSYARIATAN HAJI
Haji adalah merupakan salah satu dari hukum Islam yang lima yang wajib ditunaikan oleh setiap Muslim, lelaki dan perempuan apabila cukup syarat-syaratnya. Menurut jumhur ulama', fardhu haji mula diwajibkan pada tahun ke enam Hijrah kerana pada tahun itulah turunnya wahyu Allah yang bermaksud:

"Dan tunai atau sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah"
(Surah Al- Baqarah ayat 196)


Dalam pada itu Ibnul Qaiyim menguatkan pendapat bahawa mulai diwajibkan haji itu ialah pada tahun ke sembilan atau ke sepuluh Hijrah. Sesiapa yang menafikan hukum wajib haji itu maka bererti kufur dan murtadlah ia dan terkeluar dari Agama Islam.

Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:-

"Dan menjadi kewajipanlah bagi manusia terhadap Allah untuk mengunjungi rumah itu bagi yang sanggup berjalan diantara mereka. Dan barang siapa yang mengingkarinya, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari sekalian alam"
(Surah Ali Imran ayat 97)

27 Oktober 2011

Zulhijjah & Aidiladha


KULLU 'AM WA ANTUM BI KHAIRIN..
Bulan Zulhijjah, khususnya sepuluh hari awalnya adalah merupakan peluang kedua selepas Ramadhan untuk umat Islam mendapatkan gandaan keredhaan, keampunan dan pahala amalan.
Disebutkan oleh Nabi SAW :
"Sebaik-baik hari di dunia adalah sepuluh hari itu" (Riwayat al-Bazzar ; Albani : Sohih).
Allah SWT pula berfirman :
وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ
"Demi Fajar dan hari-hari yang sepuluh" ( Al-Fajr : 1).
Majoriti ulama menyatakan hari sepuluh itu merujuk kepada hari pertama hingga sepuluh Zulhijjah dan bukannya sepuluh terakhir Ramadhan. (Zad Al-Ma'ad, Ibn Qayyim).
Ia juga disebut oleh Nabi SAW dalam hadith lain :
"Tiada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah SWT untuk hambanya memperbanyakkan amalan dari sepuluh hari ini" (Riwayat Al-Bukhari).
AMALAN-AMALAN UTAMA
Manakala amalan-amalan yang digalakkan sepanjang sepuluh awal Zulhijjah yang amat besar pahalanya ini antaranya :-
a) Zikir : Iaitu dengan memperbanyakkan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha Illa Allah dan Allahu Akbar.
Ia bersumber dari hadith riwayat At-Tabrani yang diakui sohih oleh Imam Al-Munziri. Allah SWT juga menyebut ertinya : "Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu.." (Al-Hajj : 28).
Ibn Abbas r.a mentafsirkan erti ‘hari-hari tertentu' adalah sepuluh hari Zulhijjah ini dan inilah pendapat majoriti ulama jua.
b) Berpuasa : Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa.
Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah :
"Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah" (Riwayat Muslim).
Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.
c) Melakukan lain-lain amalan seperti bersedeqah, membaca Al-Quran, solat sunat dan lain-lain. Ia semuanya termasuk di dalam umum hadith yang menunjukkan ianya amat disukai oleh Allah SWT.
d) Menjauhi maksiat dan masa terbaik untuk memulakan tawbat bagi sesiapa yang masih berfikir-fikir dan menangguhnya. Amat biadap jika umat Islam bersukaria dengan melampaui batas haram di hari yang amat agung di sisi Allah SWT ini.
Bertawbatlah dengan sebenar-benar tawbat dan sedarilah bahawa hidup ini sementara dan seluruh keseronokannya adalah tipu daya semata-mata.
e) Bertakbir : Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa `Ali KW menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu ‘Asar hari ketiga Tashriq.
f) Berkorban : Allah SWT berfirman : ertinya : "dan berdoalah dan berkorban". Allah SWT juga menyebut :
وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوب
Ertinya : "Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) mala ia adalah dari tanda ketaqwaan hati" (Al-Hajj : 32)
Sebuah hadis menyebut :
ما عمل آدمي من عمل يوم النحر أحب إلى الله من إهراق الدم
Ertinya : "Tiadalah amalan anak Adam yang lebih disukai oleh Allah SWT pada hari kurban kecuali berkorban ( dengan menyembelih binatang)" ( Riwayat At-Tirmidzi, Abu Daud ; Gharib, namun terdapat rawi yang dipertikaikan )

POTONG KUKU, RAMBUT & HUKUM QURBAN
Hukum berkorban adalah sunat muakkad (yang dituntut) bagi orang yang mempunyai lebihan dan kemudahan harta. Demikian pendapat majoriti ulama termasuklah sahabat besar seperti Abu Bakar as-Siddiq r.a, Umar al-Khattab r.a, Ibn Mas'ud r.a dan lain-lain, kecuali Imam Abu Hanifah berpendapat ianya WAJIB bagi mereka yang berkemampuan.[1]
Bagi menggandakan pahala korban, seseorang yang sudah berniat awal untuk melakukannya digalakkan menahan diri dari memotong rambut dan kuku. Ia berdasarkan hadith riwayat Muslim yang sohih, iaitu :-
من أراد أن يضحي فدخل العشر فلا يأخذ من شعره ولا من أظفاره شيئاً حتى يضحي
Ertinya : Barangsiapa yang ingin menyembelih ( berkurban ), dan telah masuk sepuluh awal Zulhijjah), maka janganlah dia memotong apa-apa rambut atau kukunya SEHINGGALAH sampai korban dilaksanakan" ( Muslim, 3/39 )
Justeru, majoriti ulama dari mazhab Maliki, Syafie dan sebahagian Hanbali menyatakan makruh hukumnya bagi melanggarnya.
Bagaimanapun ia tiadalah termasuk dalam kategori haram kerana Aisyah r.a pernah meriwayatkan bahawa beliau pernah menempah (menandakan dan membeli binatang) dan diniatkan untuk dilakukan Qurban, dan Aisyah r.a menyebutkan, tiadalah Nabi SAW mengharamkan apa-apa (semasa menunggu masa untuk menyembelih) sehinggalah sampai waktu sembelihan. Hadis tersebut adalah sohih riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Oleh itu, adalah dibenarkan untuk memotong kuku jika ia boleh mengganggu kesempurnaan wudhu dan lain-lain kewajiban.
TIDAK DIBENARKAN juga berkorban hanya dengan membayar harganya atau membeli daging lembu yang telah disembelih dari pasar lalu disedeqahkan atas niat Qurban. Tatkala itu, ia dianggap sedeqah biasa sahaja dan bukannya Qurban yang disyariatkan di hari raya Aidiladha.
Pahala Qurban adalah jauh lebih hebat dari bersedeqah harganya sahaja. Ia adalah fatwa oleh majoriti ahli ilmu seperti Imam Abu Hanifah, Malik, Syafie, Ahmad dan lain-lain. [2]
Adalah diingatkan jua agar meniatkan Qurban itu adalah kerana Allah SWT semata-mata, menuruti sunnah Nabi SAW dan Nabi Ibrahim a.s dan bukannya untuk menyedeqahkan daging atau lain-lain niat.
Firman Allah :
لَن يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَكِن يَنَالُهُ التَّقْوَى مِنكُمْ كَذَلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِينَ
Ertinya : Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keridaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik. (Al-Hajj : 37)

KONGSI LEMBU
Harus hukumnya menurut majoriti ulama untuk berkongsi seekor lembu dengan dibahagikan kepada 7 bahagian atau seekor kambing berdasarkan hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Jabir r.a. [3]
Adalah digalakkan juga untuk menyembelih sendiri (jika berkemampuan) atau menghadiri majlis sembelihan.
Sebuah riwayat hadith pernah mencatatkan nasihat Nabi SAW kepada Fatimah yang ingin berqurban :
احضري أضحيتك، يغفر لك بأول قطر من دمها
Ertinya : "Hadirkanlah dirimu di waktu sembelihan, diampunkan bagimu dari titisan darah sembelihanmu yang pertama"

BINATANG TERBAIK UNTUK KORBAN
Yang terbaik adalah unta, diikuti oleh lembu, kerbau, kemudian biri-biri, kambing dan jika tidak mampu bolehlah 1/7 dari unta, lembu, kerbau.
Yang terbaik sudah tentulah yang paling banyak dagingnya maka lebih ramai mendapat merasai dan manfaatnya.

PEMBAHAGIAN DAGING
Daging qurban yang telah siap dilapah bolehlah dibahagikan SEPERTI BERIKUT :
1/3 (sepertiga) kepada tuan rumah yang berqurban,
1/3 (sepertiga) kepada faqir miskin termasuklah jirannya dan saudara mara dan
1/3 (sepertiga) lagi bagi sesiapa yang memintanya.
Ia berdasarkan firman Allah SWT :
فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِيرَ
Ertinya : "Dan makanlah ia, dan berikanlah ia kepada orang yang susah dan faqir." (Al-Haj : 28) dan juga firman Allah :
فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْقَانِعَ وَالْمُعْتَرَّ
Ertinya "Dan makanlah ia, dan berikanlah kepada orang yang memintanya dan yang tidak memintanya" (Al-Haj : 36)
Inilah yang dilakukan oleh Nabi SAW sebagaimana riwayat Ibn Abbas r.a dan Ibn Umar r.a. Namun demikian HARUS (DIBENARKAN) untuk tidak mengikut cara pembahagian ini SAMADA UNTUK MAKAN KESELURUHANNYA ATAU KEBANYAKKANNYA. [4]
Bagaimanapun DILARANG untuk memberikan tukang-tukang lapah dan penyembelih upah atas usahanya (iaitu dengan ditetapkan dari awal), bagaimanapun ia harus jika dia termasuk dari kalangan faqir miskin atau diberikan secara sukarela orang ramai sebagai hadiah.
TIDAK DIBENARKAN juga sepakat ulama untuk menjual dagingnya.
Namun tidak sepakat berkenaan penjualan kulit, bulunya dan tulang hasil Korban. Majoriti mazhab termasuk Syafie tidak membenarkan. [5]
DIBENARKAN untuk menyimpan daging-daging kurban walaupun melebihi 3 (tiga) hari berdasarkan hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Muslim.

MEMBERI DAGING KORBAN KEPADA ORANG KAFIR
Ulama berbeza pendapat dalam hal ini, sebahagian mazhab mengatakannya HARAM, ada yang mengatakannya MAKRUH dan Mazhab Hanbali, Hanafi mengatakannya sebagai HARUS kerana ia bukannya sedeqah wajib. [6]
Namun tiada khilaf, mendahulukan umat Islam adalah lebih utama dalam hal ini.

BERKORBAN ATAU MEMBAYAR HUTANG
Bolehkah seorang yang dibebani hutang bank dan rakan berkorban sekali setahun demi tawaran pahalanya?.
Saya telah banyak mengulas berkenaan hutang dan pendirian Islam berkenaannya. Sila rujuk di sini. Justeru, untuk menentukan keutamaan samada menjelaskan hutang atau melakukan ibadah kurban kita perlu melihat kepada jenis hutang, tempoh janji bayaran semula dan kemampuan orang yang berhutang.
Jika ia adalah dari jenis hutang yang telah terancang pembayarannya seperti hutang bank dan selepas ditolak semuanya masih ada baki wang, tatkala itu individu tersebut sewajarnya melihat dan memikirkan berkenaan hutang tidak rasmi dari individu lain atau rakan-rakan serta tempoh yang dijanjikan.

Jika tempoh langsaian hutang masih jauh dan diyakini pendapatan akan datangnya boleh menampung semunya tanggungjawab wajib itu. Di ketika itu barulah ibadah kurban menjadi utama untuk dilaksanakan.

Ia amat jelas kerana ibadah kurban hanya sunat muakkad sahaja menurut majoriti mazhab mankala langsai hutang dalam tempohnya adalah wajib.
Jika disebabkan oleh ingin berkorban sehingga menyebabkan rakan pemberi hutang pula ‘TERKORBAN', hubungan persaudaraan ‘terkorban', atau hingga menyebabkan pihak bank mengenakan penalti kerana lewat bayar, tidak wajar sama sekali untuk berkorban juga. Keutamaan tetap bagi pelangsaian hutang berbanding berkorban. Demikian pandangan ringkas saya.

KORBAN OLEH ORGANISASI & SYARIKAT?
Ramai yang bertanya dan ramai juga yang melakukan amalan ini. Adakah sebuah syarikat boleh mengeluarkan budjet tertentu untuk membeli dua puluh ekor lembu dan berkorban atas nama syarikat?
Jawab ringkas saya:
"tidak boleh !"
Ibadah korban adalah ibadah yang dilakukan oleh individu tertentu atau untuk individu tertentu. Ia bukan untuk organisasi yang bukan manusia. Justeru, ia sebuah organisasi ingin melaksanakannya, ia MESTI menghadiahkannya kepada mana-mana Pengarah atau kakitangannya.
Ketika itu korban barulah sah dan ia menjadi korban oleh individu yang ditentukan namanya sahaja dan bukan atas nama syarikat. Pihak syarikat terbabit boleh bergilir-gilir menghadiahkan lembu tertentu dan bahagiannya DIHADIAHKAN kepada kakitangan secara khusus UNTUK DILAKSANAKAN sembelihan atau korban, pahala korban akan hanya diperolehi oleh individu dan pihak organisasi pula (iaitu pemilik organisasi iaitu manusia) hanya mendapat pahala kerana ‘menghadiahkan' lembu atau bahagiannya kepada kakitangan sahaja.
Jika pihak syarikat tidak mahu berbuat demikian, bermakna ia mestilah meletakkan secara specific 20 ekor lembu itu, untuk para lembaga pengarahnya secara khusus juga. Ia bukan atas nama syarikat tetapi individu.

APAKAH HAJI AKBAR ?
Nabi SAW menamakan hari sembelihan iaitu 10 Zulhijjah sebagai Haji Akbar. (Riwayat Abu Daud dengan sanad sohih : Ibn Qayyim dan Albani).
Sayyidina Ali Abi Talib juga pernah ditanya tentang apakah itu Haji Akbar, beliau menjawab:
"Ia adalah hari sembelihan (iaitu haji raya pertama). (Riwayat at-Tirmidzi)
Menurut Ulama itulah yang dimaskudkan di dalam ayat surat At-Taubah.
Bagaimanapun sesetengah ulama membawakan hujah mereka mengatakan Haji Akbar itu adalah Hari Arafah [7]. Setengah ulama pula bersama sahabat seperti Ibn Abbas r.a dan Ibn Umar r.a yang menyatakan bahawa Haji Akbar itu adalah hari arafah yang jatuhnya pada hari Jumaat dan pahalanya disebut sehebat 70 kali pahala Haji biasa, Ia juga disebut oleh Imam al-Ghazzali, ini bermakna pada Haji Akbar, semua orang yang berada di Arafah akan diampunkan. Ia berdasarkan satu hadith yang diriwayat oleh Razin dalam Tajrid as-Sihhah, bagaimanapun al-Munawi menolak hadith itu dengan katanya "tiada asalnya".

Kesimpulannya : Terdapat para sahabat mengatakan Haji Akbar itu adalah hari Arafah yang jatuh pada hari jumaat, mankala Ali k.w pula mengatakan ia adalah hari Qurban pada 10 zulhijjah dan setengah yang lain pula menyebut ia adalah semua hari-hari wuquf di Mina ( hari Tasriq).
Akhirnya, adalah amat perlu dipastikan bahawa tarikh hari raya ‘Idil adha ini menurut ijtihad pemerintah kerajaan Saudi bagi menyatukan umat Islam di seluruh dunia ( kecuali jika benar-benar sesebuah Negara itu mengikut rukyah), tanpa rukyah maka kiraan yang terbaik adalah dengan menuruti Saudi. Dengan itu, kekeliruan yang sering berlaku sebagaimana mencari Lailatul Qadar dan hariraya idilfitri akan berterusan. wallahu 'alam
Sekian

Sumber dari : Ustaz Zaharuddin Abd Rahman ( www.zaharuddin.net )




[1] Al-Mughni, Ibn Qudamah, 5/ 197
[2] Al-Majmu, 8/425 ; Al-Mughni, 9/436
[3] Al-Majmu, An-Nawawi, 8/313
[4] Al-Mughni, Ibn Qudamah, 5/200
[5] Bidayatul Mujtahid, Ibn Rusd Al-Hafid, 1/321 ( cet Maktabah al-Riyadh al-Hadithiyah) ; Rawdah At-Tolibin, An-Nawawi, 3/225
[6] Al-Mughni, Ibn Qudamah, 5/201
[7] Ahkam al-Quran, Al-Jassas

25 Oktober 2011

Syukur Kehadrat Ilahi


Ahamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayahnya dapatlah saya insan yang kerdil ini mengaktifkan kembali Blog peribadi saya dengan berwajah yang baharu. Kerana dengan keinginan untuk mencari satu Ilmu yang baru serta berkongsi ilmu dari sahabat-sahabat yang lain serta menjadikan ilmu yang diterima itu sebagai tunjang kehidupan yang mana segala ilmu yang kita perolehi adalah milikNya semata-mata. Kita hanya meminjam buat seketika. Lantas dengan itu saya namakan Blog saya ini sebagai " PERMATA ILMU ". Ilmu itu terlalu bernilai dan sukar diganti dengan wang ringgit. Semoga anda semua akan mendapat manfaatnya dan sampai-sampaikanlah akan sesuatu yang baik dari blog ini kepada rakan-rakan yang lain.. amin..

Moga Cemerlang Dalam Peperiksaan Setara Akhir Tahun 2011


Kepada semua murid-murid SK Taman Molek Tahun 1-6. Belajarlah Dengan Bersungguh-sungguh demi kecemerlangan anda pada masa akan datang. Ingatlah ! untuk mendapat kecemerlangan dalam Peperiksaan maka kamu Perlu Dapatkan dan mantapkan 5S terlebih dahulu. insyaallah. kejayaan akan anda perolehi. ( 5S= Solat 5 Waktu ) Semoga Berjaya Dengan Cemerlang..

24 Oktober 2011

Ilmu Yang Bermanfaat Perlu Dicari

Al-Quran memberikan asas tentang ilman nafia atau ilmu yang bermanfaat dan yanfaunnas atau sesuatu yang memberi manfaat kepada manusia. Sejarah pertumbuhan ilmu dan tamadun Islam telah menyebabkan ia tidak tertutup untuk memanfaatkan faedah berbanding dari tradisi keilmuan orang lain.

Ada asas-asas universal yang terdapat pada ilmu yang berkenaan yang tidak bercanggah dengan faktor akidah dan syarak.

Kunjungan al Biruni ke India, pengembaraan Ibn Battuta ke serata ceruk dunia, penguasaan al Farabi, Ibn Sina terhadap ilmu-ilmu falsafah Greek-Yunani, anjuran Rasulullah supaya ilmu dituntut hingga ke negeri China.

Begitu juga kaedah menebus diri tawanan perang dengan mengajarkan anak-anak Islam kemahiran membaca dan menulis pada zaman Rasulullah. Semuanya adalah asas sandaran bahawa di samping pemerkasaan ilmu-ilmu Islam, ilmu yang bermanfaat dari tradisi dan tamadun lain harus dicari selagi ia tidak bercanggah.

Lebih-lebih lagi dewasa ini umat Islam menjadi pengguna kepada ilmu-ilmu sains dan teknologi dari Barat dan Timur. Hasil kekuatan sains dan teknologi ini kuasa-kuasa Barat memiliki upaya menakluk dan menjajah dan kuasa-kuasa sedang muncul sebagai negara maju dan bakal menjadi kuasa besar.

Penaklukan dan penjajahan kini tidak seperti dulu. Kehebatan teknologi langit terbuka, rangkaian teknologi maklumat dan komunikasi, kesuburan media cetak dan elektronik, rangkaian Internet dan sistem komputer yang canggih telah memberikan bentuk ‘penjajahan’ baru kepada umat Islam.

Cabaran untuk mengetahui aspek-aspek teknologi amat dituntut supaya umat Islam tidak selamanya menjadi pengguna kepada keunggulan ilmu dan teknologi Barat umpamanya sehingga Barat dijadikan indikator maju, moden, membangun dan berubah secara mutlak.

Mempelajari teknologi atau ilmu alat tidaklah salah. Teknologi dari sudut Islam selamanya alat. Ia bukan matlamat. Matlamat dalam komputer dan Internet umpamanya ialah untuk memperkaya, mempercepat dan mempelbagaikan maklumat supaya pemikiran manusia menjadi lebih luas.

Secara mekanistiknya tidaklah salah. Tetapi terdapat sesetengah maklumat, perisian, input dan program dalam komputer dan Internet mengandungi hal-hal yang sifatnya menyalahi. Ia memerlukan daya saring yang tinggi di kalangan pengguna supaya pengguna dapat membezakan yang baik dengan yang buruk dan yang bermanfaat atau sebaliknya.

Adalah menjadi cabaran remaja untuk memahami keadaan ini supaya para remaja tidak terjebak dalam perangkap Barat atau yang boleh merosakkan minda remaja. Persoalan maklumat berkait rapat dengan pemikiran. Orientasi maklumat yang datang dari budaya orang lain kadang-kadang membawa orientasi dan nilai yang tidak sama dengan nilai-nilai Islam.

Apa yang patut dilakukan oleh remaja ialah memiliki tekad dan azam yang tinggi untuk mempelajari sesuatu yang bermanfaat dari orang lain, tradisi lain malah tamadun lain. Oleh kerana sifat sains dan teknologi berkembang, para remaja harus bersedia untuk menguasai ilmu-ilmu baru supaya umat Islam sentiasa semasa dengan perkembangan zaman.

Namun begitu para remaja harus terlebih dahulu menguasai asas-asas ilmu dan pemikiran Islam. Ulama dan ilmuwan Islam di zaman gemilang dulu menguasai ilmu-ilmu mengenai akidah, syariah, ibadah dan akhlak supaya mereka memiliki jati diri sebagai seorang Islam yang berilmu dan menghayati ilmu.

Asas-asas ini sangat penting untuk memberikan para remaja kekuatan diri menghadapi maklumat, data dan fakta dari sumber-sumber orang lain atau sumber berbanding.

Apabila dewasa kelak, ia akan berkembang kerana sifat ilmu dan maklumat tidaklah statik. Batas fardu ain umpamanya tidak memadai bagi remaja. Ini kerana corak cabaran semasa jauh menuntut supaya penguasaan ilmu alat seperti sains dan teknologi, komputer dan penyelidikan, pengurusan dan perundangan, ekonomi dan kajian ilmu-ilmu kemanusiaan, tamadun dan sistem nilai supaya remaja mempunyai perspektif yang betul dan asas yang jelas mengenai ilmu Islam dan kaitannya dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat dari sumber orang lain.

Adalah tidak memadai seorang umat Islam yang menguasai ilmu fardu kifayah maka semua yang terlepas dosa. Ia adalah syarat fikah yang minimum.

Budaya

Ilmu dan maklumat bukanlah sesuatu yang sifatnya berkecuali. Tumbuhnya ilmu dan suburnya maklumat adalah dari pengalaman budaya dan sistem nilai yang dimiliki dan diwarisi oleh sesuatu bangsa dan tamadun. Tamadun Barat pada hari ini banyak menumpukan kepada faktor-faktor memajukan benda dan pemikiran berasaskan faham sekular dan liberal.

Faham ini amat berbahaya bagi orang-orang Islam kerana ia menolak kepentingan agama dan sistem nilai.

Oleh itu para remaja yang memiliki asas ilmu Islam yang baik tidak mempunyai masalah untuk memanfaatkan sumber-sumber dari Barat atau Timur sekiranya para remaja dapat membezakan buruk-baik akan sesuatu dan dapat mengenal sesuatu yang bermanfaat atau sebaliknya.

Teknologi komputer umpamanya adalah sesuatu yang baik untuk di pelajari. Dari sudut perkakasan (hardware) dan teknologinya tidaklah ada masalah bagi remaja mempelajarinya. Tetapi apabila menggunakannya sistem nilai dan kekuatan agama adalah perlu bagi memandu remaja melayari yang baik dan menghindarkan yang tidak berfaedah.

Yang memberikan perbezaan dari segi penggunaan ialah sistem nilai dan etika yang dimiliki oleh remaja.

Sekiranya sistem nilai dan etika itu lahir dari penghayatan tradisi Islam, maka para remaja akan memiliki kekuatan serta berupaya memilih dan menyaring sesuatu yang bermanfaat atau sebaliknya.

Dalam masa yang sama, remaja harus rasa tercabar untuk meneroka dan menghasilkan perisian yang selari dengan proses pembudayaan dan pemikiran yang sejalan dengan nilai-nilai Islam. Ia adalah proses yang tidak mudah dan menuntut masa yang lama dan panjang kerana sifat teknologi dan maklumat selalunya dinamik dan tidak statik. Ia adalah suatu usaha yang berterusan.

Cara sebegini jugalah yang pernah berlaku di Eropah dalam proses memanfaatkan ilmu-ilmu Islam di kalangan sarjana mereka. Walaupun mereka menguasai bahasa di mana ilmu Islam itu lahir dan tumbuh tetapi sumber ilmu ditatang dengan menggunakan bahasa Latin dan Ibrani dan dewasa dalam kehidupan zaman reformasi dan Renaissance sehingga menjadikan ilmu itu terpisah dengan sistem nilai dimana ilmu itu asalnya subur.

Lama kelamaan ilmu itu menjadi sekular dan berkembang secara liberal tanpa terikat dengan nilai-nilai agama.

Remaja Islam harus mempunyai tekad untuk menguasai ilmu-ilmu Islam dengan baik sehingga dewasanya nanti memiliki keahlian dan kepakaran dalam bidang-bidang yang tertentu. Kesediaan dan keterbukaan perlu ada untuk memanfaatkan faedah-faedah berbanding dalam ilmu-ilmu dari sumber dan tamadun lain supaya akhirnya ilmu tersebut berkembang dalam orientasi dan budaya Islam.

Inilah asas-asas integrasi dan Islamisasi yang sedang berlaku supaya ilmu-ilmu yang bermanfaat terbentuk dalam acuan kita sendiri. Darinya umat Islam akan menjadi maju di samping keunggulan ilmu dan tamadunnya sendiri.

Penyuburan ilmu-ilmu Islam seharusnya berlaku supaya ia menjadi teras membangun acuan sendiri yang sifatnya menyumbang dan memperkayakan.
 
Sumber dari :Biro Dakwah SMK Parit Bunga

23 Oktober 2011

Minat Pada Seni Bina Kayu.





Kami sedia menerima tempahan bagi membina binaan berunsurkan kayu, Kabinet dapurm kabinet pakaian dan lain-lain.
Berminat Sila Hubungi 013-7557415 @